Sabtu, 18 April 2020

Cerita Seram - Hantu Laut Di Changi Point


- Kisah ini berlaku kira-kira dua tahun lalu ketika aku dan temanku Sharul pergi memancing di muara Changi Point. Seperti biasa kami sampai tempat kegemaran kami kira-kira jam 12 malam kerana baru sahaja habis bertugas. Sesampai di sana aku terus persiapkan peralatan pancing dan terus memulakan balingan pertama sejurus kemudian.Suasana malam itu agak terang dengan bulan mengambang penuh.."tentu malam ni akan ada banyak ikan", aku berkata sendirian.Sharul memacakan jorannya kira-kira 50 meter dari spotku, dia masih belum siap sedia untuk memulakan balingan walaupun aku sudah termenung lama menantikan gigitan pertama ku. Maklumlah dia agak cermat orangnya, lamunku....tiba-tiba aku tersentak dengan deringan lonceng di hujung joranku...... aku bergegas menuju ke arah joran dan membuat satu sentapan yang keras...lalu terus mengulung tali pancing kerana ada terasa ikan yang agak besar telah mengena joranku. Agak lama juga aku bertarung dengan ikan seberat 3 kilo itu.....sejurus kemudian aku mendapat ikan yang agak lumayan sepanjang satu jam setengah. Kotak ikan ku sudah hampir setengah penuh....tetapi kira-kira jam 3 pagi aku mendapat satu gigitan yang kuat dari sebelumnya dan aku pun mengulung tali pancing bersungguh hati kerana terasa mungkin ikan yang dikailku seberat 5kilo....best macam ni bisik hati ku. Tetapi kira-kira 5 minit kemudian tarikan ikan hilang"alamak terlepas ikan aku'...hamuku sejurus.Tetapi yang sangat memelikkan aku..... begitulah seterusnya selepas ikan pertamaku terlepas, setiap kali ada deringan lonceng aku terus sentap dan megulung tali pancing....seperti awal ikan akan hilang diseparuh tarunggan.Ikut kiraku sudah 6 kali ia berlaku, aku mula merasa sangat hairan bin pelik...macam mana ikan boleh terlepas sebanyak 6-7 kali selari...ini mesti ada yang tak keta..... bisik hatiku. Aku memanggil Sharul untuk memastikan sak wasangkaku....memang betul begitulah terjadi bila Sharul mengambil tempatku menyentap joranku...ikan terasa mengena tetapi hilang sesampai digigi pantai. Persoalanya macam mana ini boleh berlaku tanyaku kepada Sharul, yang memang agak arif dalam bidang alam misteri dan pelik. Tanpa menjawap dia mengusap-gusap cicin dijarinya, membaca doa aku pun tak faham bunyinya dan terus melangkah kehadapan mengayup segenggam pasir laut ....menyembur mentera. Sharul berpaling kepada ku lalu menyapa..'kau jangan terperanjat bila ada benda yang keluar...buat bodoh saja ok? ...selambanya pada ku. Dia terus melangkah ke gigi air dan menabur jauh pasir laut yang di genggam tadi dan tunduk mengocok air ombak seteru mementera. Alangkah terperanjatnya aku dengan apa yang berlaku kemudian....mula-mula seperti umpai-umpai hitam memenuhi sungai itu dan pelahan-lahan menjadi lautan rambut yang panjang seluas mataku memendang.Seketika kemudian terlihat susuk tubuh yang tegap bermata merah garang dan melirik keluar dari laut menuju ke pantai dimana Sharul berdiri....Oi panjangnya rambutnya dengan hanyunan tubuh ke kiri ke kanan....sangat menyeramkan. Aku terasa gerum...sehingga aku hampir pengsan ...aku cuba cabut lari, tetapi kakiku terasa sangat lemah dan lembik seperti tahu 'Jangan lari, nanti dia ikut kau'...pekik Sharul.....kemudian dia berkata sesuatu kepada lembaga itu tanpa menuggu jawapan darinya. Sharul dan lembaga itu tergegat agak lama...seolah-olah mereka sedang bersembang. Yang sangat menjadi peliknya tiada seorang pun berada di sekitar kawasan kami berada...sedangkan selalunya ketika hujung minggu mesti terdapat ramai penggunjung ditempat popular ini. Beberapa mini kemudian....lembaga itu menggangguk kepalanya.....sambil Sharul menukat tangan seperti berdoa. Lembaga itu bergerak pelahan-pelahan... seraya melangkah kembali ke dalam laut dan hilang ditelan suasan malam yang kelam. Sedetik kemudian Sharul memberi sebotol air mineral yang telah di jampinya, untuk menenangkanku.... dan berkata "kau boleh terus pancing, dia takan kacau kau lagi'...dia lalu pergi ke tempat jorannya yang sudah lama ditinggalkanya. 'Dia ni gila ke...ada dia suruh aku pancing sorang-sorang"....bisik hatiku, aku pun apalagi...angkat semua barang-barangku pergi ketempat Sharul berpancing. Kami teruskan memancing seperti seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.....muai juga tankapan kami sejurus kemudian hinggalah sampai matahari terbit bila selalu kita akan beredar pulang. Seperti selalunya kita akan ke pasar bersarapan roti prata dan teh tarik..ketika itulah Sharul menceritakan padaku bahawa semalam Hantu Laut yang telah mencuri ikan-ikanku, tetapi setelah diseru dia berjanji tidak akan mengganggu kita lagi. Sharul mencadangkan kita kembali lagi ke tempat sama minggu akan datangnya...aku jawap dengan cepat 'Kirim salam sua beb'...............Tamat



Cerita Seram Singapura.

Koleksi Cerita Seram - Whazzup-U.com