Kisah ni pun baru terjadi masa ramadhan baru2 ni. Macam yang kite semua tahu, apabila tiba bulan ramadhan azab kubur akan dihentikan sampai la takbir raya baru akan start balik. Pintu neraka akan ditutup serapat rapatnye dan pintu syurga dibuka seluas luasnye. Maka bila azab kubur dihentikan, roh2 ini akan mengambil kesempatan. Roh yang baik ( terlepas seksaan ) akan menemui keluarga masing2.. Buat yg nampak, mereka akan nampak la roh2 ni balik. Roh yang diseksa pula akan mencari bantuan daripada orang2 yang boleh melihat mereka agar azab mereka diringankan.
Kisah bermula pada hari pertama ramadhan. Pukul 3 pagi. Masa tu saya bersendirian dalam bilik nak khatamkan novel. Memang habit saya baca novel pukul 2 3 pagi sebab bila baca siang, anak buah saya suka bising so saya tak boleh concentrate. Tengah saya sibuk membaca, tiba tiba dengar suara orang menangis mendayu2. Bukan seorang, tapi berpuluh suara. Lama2 jadi beratus. Pelik juga, selalunya seorang atau pun dua. Tapi malam tu, beratus. Saya cuba abaikan, buat tak dengar tapi suara2 tersebut makan dekat. Bila saya tutup buku, saya lihat tuan empunya suara mula memasuki bilik. Bilik saya ada 2 single bed. Jadi yang datang dari pintu ada, yang merangkak dari bawah katil pun ada. Terkejut juga malam tu sebab ramai sangat. Mereka datang dengan berbagai kisah dan rupa yang sangat menyayat hati.. Ada yang lidah panjang sampai ke lantai, ada yang merangkak dengan badan dari paras pinggang ke bawah busuk berulat, ada yang perut terburai dan macam2 lagi. Saya percaya, keadaan mereka sekarang mesti ada kaitan dengan amalan ketika di atas dunia.
Saya berkesempatan untuk berbual dengan salah seorang daripada mereka. Saya tertarik untuk tahu kenapa dia mahu berjumpa saya kerana jasadnya tak seteruk orang lain. Cuma air mukanya seperti menanggung dugaan yang sangat berat. Ceritanya begini. Dia seorang lelaki ( saya namakan Azman) dan merupakan seorang anak tunggal. Ayahnya dah lama meninggal dunia. Jadi Azman sangat rapat dengan ibunya. Oleh kerana Azman anak tunggal, ibunya dah ada menantu pilihan (saya namakan Hana ) tapi dia juga sudah ada pilihan sendiri. Azman cuba pujuk ibunya untuk terima pilihan hatinya tapi last2 akan berakhir dengan perbalahan. Satu hari kedua mereka bergaduh besar sampai ibunya menangis. Ibunya tetap mahukan Hana sebagai menantu tapi Azman menolak atas alasan tak cintakan Hana. Oleh kerana sayangkan anak tunggalnya, ibunya terpaksa menikahkan juga Azman dengan pilihan hatinya sendiri walaupun jauh di sudut hati dia tidak pernah restu dan redha.
Beberapa bulan selepas nikah, Azman dibuang kerja. Isterinya seorang suri rumah, maka kita sendiri boleh bayangkan keadaan mereka berdua memandangkan kedua mereka bukanlah dari keluarga mewah. Azman cuba juga cari kerja tetapi oleh kerana rekod di pejabat lamanya buruk, susah untuk dia diterima di mana2 syarikat. Ketika Azman mula bercerita tentang dibuang kerja, dia menitiskan air mata. Saya turut sayu melihat keadaan Azman tapi apakan daya.. Semuanya sudah terlambat. Hidupnya sentiasa kesempitan wang dan rezeki bagai disekat. Tanpa dia sedar, kesulitan hidupnya menyebabkan hubungannya dengan ibu di kampung makin renggang. Lama kelamaan, kereta pula ditarik. Beberapa bulan kemudian, isterinya didiagnosis menghidap breast cancer. Lagi bertambah kusut lah Azman. Sedangkan nak beli beras pun terpaksa berhutang, ini kan pula nak biaya rawatan isterinya.
Azman cuba berubat cara kampung tapi langsung tak berkesan malah ditipu. Penyakit isteriya makin teruk. Satu hari, isterinya tak sedarkan diri. Ketika itu dia cuma ada rm5. Cuba teka apa dia buat?
Dia ke kedai, beli cuka getah dan bunuh diri. Maka berakhirlah riwayat seorang anak yang mengalami kesulitan hidup hanya kerana berkahwin tanpa restu ibu. Masyarakat kita hari ini memandang restu ibu bapa sebagai sesuatu yang remeh. Jadi dengan kisah Azman ni, harap dapat dijadikan "wake up call" kerana sebagai seorang lelaki, mesti sentiasa ingat bahawa syurga terletak di bawah telapak kaki ibu, bukan isteri. Cinta boleh dipupuk. Sedangkan tok nenek kita pun berkahwin tanpa rasa cinta akhirnya kekal hingga ke anak cucu. Kita pula berkahwin atas dasar cinta tapi belum dapat cucu dah bercerai..
Tidak banyak yang dapat saya bantu Azman. Dia minta saya jumpa ibunya dan memohon ampun bagi pihaknya. Azman turut serahkan alamat rumah tetapi saya menolak. Azman tinggal di Perak. Saya tak terima kes2 yang bagi alamat kerana jika saya jumpa family masing2 dan cerita tentang keluarga mereka yang dah mati, dah tentu mereka halau saya dengan penyapu dan kata saya gila. Saya hanya mampu membantu dengan sedekahkan al fatihah dan yaasin. Mungkin kecil bagi kita, tapi sangat bermakna bagi mereka. Maka pulanglah Azman pada malam itu dengan senyuman. Saya pun tumpang gembira
Malam kedua pula, saya stay up untuk siapkan kerja memandangkan deadline lagi seminggu. Situasi malam itu sama juga seperti malam sebelumnya. Roh2 masih datang meminta bantuan. Mula2 saya abaikan kerana faktor kerja tetapi selang setengah jam selepas tu, ada seorang gadis yang umurnya sebaya kakak saya yang sedang menuntut di Skudai, Johor. Gadis ini umurnya dalam 20-an. Sangat muda tapi keadaannya menyayat hati dan menginsafkan. Mengapa gadis sebegini muda jasadnya sangat teruk? Dia merangkak dengan bersusah payah disertai bau yang sangat busuk ( bau mayat mereput ) Lantai bilik saya habis dibasahi darah. Gadis itu menyeka air mata. Hampir saya menitiskan air mata melihat keadaan gadis ini. Tambahan pula kakak saya di Johor sudah lama tak balik.
Apabila dia sudah merapati saya, saya menegur. Kenapa jadi macam ni? Mengikut cerita gadis ini ( saya namakan Nisa ) dia meninggal ketika melahirkan anak luar nikah. Dia salah seorang penuntut di sebuah universiti swasta, KL. Bila Nisa sebut saja KL, tiada apa yang saya hairankan. Melihatkan remaja sekarang yang semakin sosial, mungkin Nisa juga salah seorang dari mereka. Tiada apa yang Nisa mahu, cuma meminta agar azab yang dia tanggung diringankan. Kata Nisa, satu hari bagaikan seribu tahun. Malaikat yang menyeksa langsung tiada belas kasihan. "Di sana" gelap dan penuh dengan kala jengking dan ular berbisa. Kata Nisa, jika dia ada peluang untuk hidup sekali lagi, dia berjanji akan sentiasa taat. Puas dia merayu dan memohon ampun tapi semuanya terlambat hinggalah suatu hari malaikat membawa khabar baik bahawa pada bulan ramadhan, seksa kubur akan dihentikan seketika dan pada masa itu, cari lah orang yang boleh membantu. Maka dia menemui saya. Saya berjanji akan membantu setakat yang mampu. Pulanglah Nisa pada malam itu..
Tapi yang menghairankan saya, amalan yang disedekahkan atas nama Nisa seakan akan tak sampai padanya. Tidak seperti Azman. Pada fikiran saya, mungkin ada lagi kesilapan yang dibuat Nisa dan tidak diceritakan pada saya sehingga amalan saya disekat. Hanya Allah yang tahu..
Oleh kerana saya sibuk saya tak sempat nak menemu ramah kesemuanya sehingga ada yang marah2. Pada mulanya saya pun naik angin juga tapi saya cuba memujuk.
Saya: Assalamualaikum.. Jangan lah marah. Saya sibuk dengan urusan saya. Ok sekarang awak cerita apa
masalah awak. Insya Allah saya bantu setakat saya mampu.
Roh: Tadi aku panggil kau buat tak tau. Ni nak pujuk pujuk boleh belah la.
Saya: Ye saya tau. Saya minta maaf.
Roh: Kau tak tau aku datang dari jauh. Bukan kau yang tanggung sakit dalam kubur tu. Aku yang sakit.
Susah sangat ke nak luang lima minit untuk aku?
Saya: Ok ok, sekarang saya boleh luangkan berapa lama pun awak nak.
Roh: Dah la kau
Kemudian roh tu terus pergi. Terkilan juga di hati saya atas khilaf saya sendiri. Namun esoknya roh tersebut datang semula dan menceritakan kisahnya. Bila difikirkan balik saya ketawa sendiri. Manusia ni memang macam2 ragamnya. Ada yang cepat panas. Ertinya kurang sabar lah tu. Roh yang ini pula bekas gengster. Biarlah kisah hidupnya saya simpan antara saya, dia dan Allah
Lama kelamaan, roh2 yang datang semakin beransur sedikit bilangannya. Pada fikiran saya, mereka2 ini datang bukanlah untuk dibantu, namun Allah mahu berikan pengajaran buat hambaNya ini yang penuh dosa. Agar hambaNya sentiasa ingat tentang azab yang menanti. Maka saya ceritakan pengalaman ini buat semua agar kita sama2 beringat. Sesungguhnya azab kubur itu benar. Mengapa kita masih ingkar?
Apabila kedengaran takbir raya, sayup kedengaran tangisan roh2 ini kerana tak lama lagi mereka akan kembali diseksa. Ada yang meraung2 kerana tidak sanggup untuk kembali diseksa. Ketika kita yang masih hidup ini bergembira, mereka pula menangis..
Sumber